Program Hari Terbuka Pi Gunung Hilir

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka PI Gunung Hilir telah berlangsung pada hari Sabtu, 6 Julai 2019 yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama pihak Kospen, Amanah Ikhtiar Malaysia serta Pusat Internet Jerlun, Pusat Internet Napoh dan Pusat Internet berdekatan. Program Hari Terbuka PI Gunung Hilir berjalan seperti yang dirancang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan program yang terdapat di pusat internet di samping edaran risalah MyFreeview @ MyTV kepada komuniti.

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya bacaan yassin oleh komuniti setempat, pertandingan gubahan dan rekacipta, pemeriksaan kesihatan secara percuma, kuiz kahoot KDB dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali